Fakta Bunga Tangan
"Tahukah anda bahawa bunga tangan berupaya menaikkan seri pengantin.
Selain pakaian pengantin, bunga tangan juga adalah antara aksesori
penting yang perlu digayakan semasa majlis perkahwinan. Tanpa mengira
bangsa dan agama, bunga tangan sebenarnya adalah simbol kepada
kebahagiaan setiap pasangan. Ada juga beranggapan fungsi bunga tangan
juga adalah untuk menghilangkan rasa gugup pengantin perempuan ketika
menunggu pasangannya.
Penggunaan bunga hidup adalah lebih sesuai berbanding bunga
artifisial.
Ia bakal memperlihatkan bunga yang dipegang pengantin
kelihatan lebih segar dan menawan. Sebagai tip, untuk memastikan
kesegaran bunga tangan daripada bunga hidup ini, digalakkan untuk
menggubahnya sehari sebelum majlis berlangsung dan letakkannya di dalam
bekas yang berisi air. Namun kini bunga tiruan juga boleh didapati
dengan tekstur dan rupa yang seakan-akan bunga hidup yang sebenar tetapi
harganya agak mahal."
Petikan dari artikel
Majalah Pengantin
Oleh: Nadhirah Pesona Pengantin
Tarikh:
16 Julai 2014
Kini anda miliki bunga tangan impian dengan harga mampu milik.
Dyan Florist menyediakan pakej-pakej yang menarik buat anda.
Untuk sebarang pertanyaan harga atau
tempahan,
sila SMS / WhatsApp Dyan Florist 012-7888 365
atau
emel
kepada dyanflorist@gmail.com
#kami juga menerima tempahan gubahan hantaran dan gubahan sirih junjung
untuk majlis merisik, pertunangan juga majlis perkahwinan anda sama ada menggunakan fresh flower atau artificial flower